Followers

November 11, 2010

Keguguran

  Rileks ye. saya belum pernah disentuh oleh lelaki. mana mungkin keguguran kandungan. ha ha..
Ni ha. sedang mengalami masalah keguguran rambut yang pada hemat saya agaklah kronik. baru sahaja selesai menyapu bilik tapi rasanya tak sampai 10 minit ada lagi rambut rambut yang degil mahu juga gugur dan memenuhi segala pelusuk lantai tidak lupa juga celah celah bawah katil menyusahkan saya nak menyapu! huh.

Sampai sekarang tak tahu lagi apakah punca kejadian ini berlaku. tapi dapat juga mengagak puncanya.
mungkin sebab stress sebagai seorang pelajar kerana mengalami masalah ini sejak tingkatan 1 lagi. mungkin juga perubahan hormon kerana sedang dalam proses menjadi wanita *adakah selama ni saya lelaki?*. mungkin juga kesan dari penggunaan syampu yang banyak bahan kimia. see? kimia itu sangat berbahaya. sebab tu saya tak suka subjek kimia. logik kan? (^_^)

Lagi pula kalau balik rumah sudah pasti diperli emak dengan kata kata sopan akan tetapi pedih sangat itu.

'Kalau balik rumah je mesti rambut bersepah merata rata kan? kat bilik. kat dapur. kat depan. tu kat balkoni tu penuh.'

Perghh.. sentap! terfikir juga mahu lari rumah seperti yang dilakukan anak anak gadis zaman sekarang yang kena marah sebab pakai seluar jeans sahaja. mak tak bagi pakai seluar jeans pun nak lari. bukan mak kau suruh berbogel ke pakai jubah siap purdah ke. ishh tak faham lah.

Memikirkan cara yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
Terfikir mahu membotakkan kepala. best apa. untung untung boleh jadi pelakon macam cik Demi Moore masa beliau dalam movie G.I.Jane. takpun menjadi seperti cik Sharifah Amani dalam movie apa entah dah lupa. dapat duit tu. free free je. kau botakkan kepala. berlakon. dapat duit. kan senang?

Pergi salon pun cadangan yang baik. pergi buat rawatan rambut. stim. massage. letak serum. duit saya pun gugur seperti rambut saya. lepas tu nanti balik rumah air liur emak saya gugur juga macam rambut saya gara gara membebel disebabkan gatal pergi buat rawatan rambut. tak sedar diri pakai tudung bukan ada orang nak tengok rambut huduh kau itu.

Tapi kan ada bisnes menjual rambut yang gugur ini seperti yang dilakukan oleh negara India untuk dibuat wig. tak percaya ke? ni cik Oprah Winfrey yang cakap tau. sila click untuk bukti. siapa siapa yang suka sangat extend rambut pakai wig ini berbanggalah kerana rambut anda mungkin diambil dari rambut mereka. dapat duit tau mereka ini. duit punya pasal rambut tergadai. kau berani?
Siapa siapa yang rambut banyak sangat gugur tu meh bagi saya. saya tolong jualkan. nanti komisen kita kongsi lah. bernas kan idea tu? he he he.

Potong rambut pendek sangat tak cantik. tak hot. tak sexy.

Tak boleh nak feeling feeling model apabila rambut ditiup angin. whoaa! !

Sepak kang. gedik pula.

Bukan apa.

Rambut Itu Mahkota Wanita :)

love, ZIEMA



5 comments:

  1. salah pakai shampo0 kot yunk..
    time aku pakai panten (camne eh spelling)rambut byk gile gugur..gi doctor n she said panten byk chemical...terus stop....

    ReplyDelete
  2. yeke?
    then kind of syampoo ape yg ptot aku pkai?
    adehh stress la :(

    ReplyDelete
  3. try gi hair saloon or jumpe doctor...they will give u better suggestion... =D

    ReplyDelete
  4. wahhh kne jumpe specialist la ni?
    akan dprtimbngkn.
    hehehe~

    ReplyDelete
  5. g la yun nam hair care..hahahahha ;p

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.