Followers

December 14, 2010

Semut dan Lipas memang adalah Kebencian juga Kepantangan Saya

Jahat pula rasa nak benci serangga ni. macam bagus je kan. lain lah kau nak benci lalat ke, nyamuk ke katak ke yang suka sebarkan penyakit sampai orang mati.

Owh teringat masa kena demam denggi yang rasa sangat hell tidur dalam kelambu lepas tu mak abah tak melawat langsung kecil sungguh hati ini. tapi nasib baik masa kena denggi tu tak teruk sangat sebab dah detect awal awal. maka duduk di hospital sekadar cukupkan syarat sambil makan dengan penuh berselera habis tray makanan tu licin saya kerjakan (^_^)

Kenapa la agaknya kan saya benci semut? oh sungguh kesian semut yang kecil ini dibenci benci. sory ye cik semut. saya memang fobia dengan kamu. tahap fobia saya ini sudah ada nama saintifik. Myrmecophobia. kalau tengok semut ni sekor ke boleh tahan lagi. siap boleh pijak lah tanpa perasaan belas kasihan. tapi .....


Sory kalau dah bemesyuarat macam ni. memang masa tu dah start geli. meremang tengkuk ni. lepas tu dah rasa macam ngeri pun ada. boleh terbayang semut semut itu hurung muka saya *macam entah apa apa kan*. OK masa ni saya akan capai apa saja yang boleh hilangkan fobia. sembur Shieldtox ke. curah air ke. sumpah tak boleh tengok.





Kalau cakap pasal cik lipas ni lagi benci. oh lupa. fobia kat lipas ini pun ada nama saintifik tau. Hypnotherapy. bukan geli tak tentu pasal ke apa ke. ada pengalaman. masa tu kat kampung. sedang bergembira bersiram bagai tuan puteri and tiba tiba ...... sekor lipas telah berjaya landing di atas mukaku tanpa rasa bersalah mentang mentang kulitku ini sangat halus .. eheeee


Kau tengok kaki lipas yang 'cantik' itu. patutkah ia nya menetap sebentar di mukaku? memang tak patut .. tak patut .. kesannya sampai sekarang saya pantang tengok lipas.  ishh .. sory ye lipas. sedara kau telah mencari pasal dengan ku. tapi dengan lipas ni memang saya tak berani ambil apa apa tindakan selanjutnya. nampak je terjerit jerit macam lah lipas tu nak makan kau. lepas tu lari terlompat lompat seperti aksi Liyana Jasmay dalam video klip Aku Tak Percaya Cinta .. terbayang ia terbang menghempas muka ku ..

Ohh .. semut dan lipas. akak minta maaf ye.. 

Ada siapa siapa yang fobia dengan dua ketul makhluk ni tak?

Ke saya sorang je? (*_*)

love, ZIEMA



1 comment:

Komen lah sukahati kau nak komen.