Followers

December 13, 2010

Tudung Wanita Itu Ada EMPAT

Yang pertama tudung bawal .. then tudung syria .. then tudung Ariani .. last sekali selendang .. haa cukup empat kan? kan? haaa .. OK betul la tu. sekarang ni macam macam jenis fesyen style tudung yang ada. and saya pun harus lah tidak terkecuali mahu mengikuti perkembangan fesyen *konon up-to-date lah tu kan*

OK. berbalik kepada title yang langsung tak ada kena mengena dengan intro ..

Tadi kan saya terbaca satu note. saya tersentak juga tertarik membacanya. sekadar mahu berkongsi. memang betul tudung wanita ada empat .
Tudung pada wajah
Tudung pada hati
Tudung pada mata
Tudung pada suara

Rileks .. jangan garu kepala yang tak gatal ataupun tercengang cengang .. macam mana kan nak pakai tudung kat mata suara hati wajah semua tu. bukan kah pakai tudung di kepala?

Tudung pada wajah itu perlu supaya tidak mengundang fitnah. sebab kecantikan itu adalah untuk tatapan suami bukan untuk dijaja kepada lelaki ajnabi.

Tudung pada hati adalah dengan sentiasa mengingati Allah. memujji kebesaranNya.

Tudung pada mata iaitu tidak sewenang wenangnya memandang lelaki lain selain ayah abang adik lelaki juga suami. menjaga mata supaya tidak memandang mahupun dipandang.

Tudung pada suara itu bermaksud suara itu digunakan pada tempat yang sepatutnya. jangan dilunak lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona *errr kalau gelak kuat kuat tu pun kira tak boleh ke?*

..........................

Hurmmm ... insaf sebentar ni. serius . selama ni fikir tentang tudung kepala saja. tapi tudung lain tu kadang kadang terlepas pandang. terleka sekejap.

Manusia memang macam ni kan?


love, ZIEMA


3 comments:

Komen lah sukahati kau nak komen.