Followers

January 4, 2011

Ini baru betul penkek!

Ingat lagi tak entry pasal penkek aku yang suka hati aku je bagi nama penkek? yang kak lea gelakkan aku walhal beliau yang berlari lari ke dapur untuk menyibuk nyibuk nak ambil port juga sebenarnya nak merasa makanan ciptaan aku itu ..

OK. sekarang no more penkek yang terhasil daripada tepung gandum .. aku dah mampu menghasilkan real punya penkek! *bercakap dengan nada bongkak lagi angkuh*

Hari tu tak ingat hari apa hari Ahad kot. mak tiba tiba cakap nak pergi shopping barang keperluan dapur dan rumah. owh itu adalah saat saat paling ku nantikan saban bulan sebab dapat suka hati aku main ambil segala barang barang keperluan aku lalu dengan selamba campak dalam troli tinggal nak tunggu abah bayar je. bagus tak strategi aku? memang baguss ..........

Lepas tu masa tengah sibuk pilih pilih barang aku ternampak kotak tepung penkek.
Lalu aku dengan gaya drama queen terus saja cakap kat mak.

'Mak. nak beli ni boleh tak? 

'Pe benda tu? tak nampak lah'. 
*owh lupa mak rabun aku pergi tunjuk dalam jarak berapa sentimeter ntah*

'Tepung penkek ni. nak buat sendiri la. selalu kan mak. bangun pukul 4pagi pergi McD tu dengan lea ngan begum sebab nak makan penkek punya pasal'
*sambil buat muka kesian macam lah tak boleh pergi McD tu pukul 9 ke 10 ke *

'Beli je lah.
*mungkin mak simpati dengan nasib anak perempuan beliau yang gigih bangun pukul 4pagi semata mata demi penkek*


Balik tu excited punya pasal aku terus buat dengan jayanya. betapa batak lagi jakunnya aku dengan penkek ni. padahal penkek adalah dicipta untuk breakfast .. tapi aku buat dinner .. serius batak jakun!


kalau korang nak beli aku suggestkan brand ni. sebab ada brand yang kau kena tambah telur lah apalah serius boleh hilang mood nak masak. yang ni hanya tambah air atau kalau nak creamy boleh lah kau letak susu ..

yang ni memang wajib ada. kalau tak kau makan penkek tu rasa macam tisu tandas .. errrr


Dah la tu. takkan nak tunjuk cara cara nak masak pula kan .. bukan aku masak chicken chop ke lasagna ke apa ke .. masak penkek sangat senang ok..

Sekian ..
Aku tak perlu geledah dapur lagi nak buat penkek fake (^_^)


love, ZIEMA



8 comments:

  1. my mom pun selalu beli tepung penkek ni...sedap kan????:)

    ReplyDelete
  2. sangat sedap!!!
    lagi2 bila syrup and butter tu letak banyak2..
    yummy!!!!!!! :p

    ReplyDelete
  3. lorr.. aku baru nak tengok cara-caranya.. ingatkan ko nak aja -_-"

    ReplyDelete
  4. aku pon selalu pakai yg nih. memang sedap pon. ohh tbe2 teringat bangun pagi2 nak makan penkek. haha

    ReplyDelete
  5. nadia: hahaha... ko jgn nk gedik soh aku ajar. macam la susah. btw aku terigt farah bawak pancake masa darjah 3. igtkah dikau?

    begum: sedap kan? huih tu la. gigih btul set alarm nk mkn pancake semata. siyes rindu :(

    ReplyDelete
  6. haruslah aku ingat... sebab aku muntahkan balik penkek tu.. wahahahaha~~~ tapi siyes rasa tisu oh masa tu.. tu yg aku muntah kan balik.. hahaha~~~

    ala jimat... aku saje nk ngedik ngn ko mntk ko aja.. huahuahuahua~~~

    ReplyDelete
  7. eh eh mcm best je. nk try laa hihihi :D

    ReplyDelete
  8. nadia: taw xpe. aku telan pun trpkse jek. dia pkai bwk cmtu x letak pape.. hahahaha.. ko nk mnje2 ngn aku eh.. cumelllll~~ :p

    akma: try la! sedop wooo.. hehehe :) nnt bole u bg kt boyfie jd drama queen lg. ehehehe.. jgn marah..

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.