Followers

January 22, 2011

Nak jadi baby balik!

Owh aku tengah serabut ni!!
Hari ini adalah hari pertama aku period .. err perlukah cakap? perlu! sebab emosi aku sangat tak menentu sekarang ni. dengan period pain aku yang tak pernah nak kurang ..

So sila lah jangan cari pasal dengan aku ye kalau tak nak kena maki .. sebab mood aku memang sangat sangat bad ni!
Semalam adik aku cakap kat Danga City Mall ada sale sampai 70%! Handbag brand Bonia tu beb! OK have to admit. aku adalah seorang shopaholic yang gila nak shoping padahal tak sedar diri tak ada duit .. hari tu pergi Times Square dengan tuan juga dengan Aimie bersama tuan beliau buat aku lagi gila ok! baju semua stok rm20-40 sahaja ok! tak suka perasaan ni!

Dah lah sekarang ni aku adalah penganggur terhormat yang masih belum beria nak hantar resume lagi .. tengok member member semua dah kerja buat aku jeles!
Kenapa kena cari kerja? Kenapa kerja tak cari aku?
Owh sebab aku adalah bukan seorang student yang gempak gila macam bagus sangat orang nak cari aku walhal orang yang gempak pun cari kerja .. dah dah merapu lah kau ni!

Kenapa kena rasa semua ni? kena period lepas tu dapat pulak period pain? kena belajar gila gila lepas tu kena cari kerja lepas tu kena bayar balik loan PTPTN?? kenapa mesti rasa nak shoping je???

Kenapa? kenapa? kenapa??

Kan best jadi baby (>_<)
Tak payah pun nak fikir benda benda ni... setakat orang geram cubit pipi kau ada apahal kan?

diam! caye ngah mam ni. ebok je!
*saya tengah makan ni. sibuk je!



love, ZIEMA



No comments:

Post a Comment

Komen lah sukahati kau nak komen.