Followers

March 27, 2011

Heart la dengan NAJWA MAHIADDIN!

:)
Sebelum tu amacam background baru? ok tak? iye aku tahu polka polka dot tu tetap ada. apa pasal entah aku ni.. suka benar polka ni.

Baca title tu kan? siapa kenal beliau?
Aku tahu pasal Najwa ni tapi tengok muka tu pun imbas imbas je lah. tak pernah pula dengar dia nyanyi.. masa hari apa entah tengok Wanita Hari Ini. bagus aku ni tengok rancangan berinformasi. yang masa dah habis tu kan dia selalu post video clip.. masa tu lah keluar video clip ni. mak aku memula tanya,

Mak : 'Eh orang apa dia ni? macam Melayu.'


Aku : 'Entah le mak. iye kot. tu ada Atilia tu ha..'

And a few days later aku try la cari kat youtube lagu ni.. puas le aku menaip lirik dia.
Yeah jumpa!


OK aku sangat suka hand gesture 'You've got to go, go go go..go go go' tu!
sangat chill and catchy!
tidak lupa beliau yang chubby chubby sexy tu.. cute he he


Owh yes lupa aku ni. beliau adalah anak Tan Sri Muhyiddin Yassin tu.. la our Deputy Prime Minister tu lah kau ni kenapa nama menteri pun tak ingat nak kena lempang? 


tapi aku pelik kenapa Mahiaddin bukan Mahyuddin. tak nak tumpang nama bapak kot. ke beliau ada dua nama yang macam selalu orang dulu buat tu?


Bila aku cakap kat mak,

Aku : 'Mak mak.. ingat tak masa kita tengok video clip kat TV3 tu?

Mak : 'Yang mana ni?'

Aku : 'Alah. yang mak tanya dia ni orang Melayu ke hape tu.'

Mak : 'Owh dia. kenapa?'

Aku : 'Dia ni Melayu la mak. anak Muhyiddin Yassin tu.'

Mak : 'Ha ah.. mak uda ada cakap. sedap suara dia... mak uda pun suka suara dia'

Nah!!!
Kalau golongan mak mak pun dah suka aku pun dah tak boleh kata apa lah. memang best!!

Sekali sekala layan jazz pun ada apa hal.. asyik nak dengar lagu sentimental jiwang je kalau boyfriend kau curang lepas tu nangis nangis meratap nasib.. 

Come on lah!! kita kan STRONG WOMAN LAGI GOJES!! (^_^)



P.S. Owh. mamat dalam video clip tadi hensem gila lah.. demm!


love, ZIEMA




2 comments:

Komen lah sukahati kau nak komen.