Followers

July 3, 2011

Bahan Ilmiah

:)

Semalam aku terbaca blog Si Daun Ceri yang bercakap pasal buku buku yang beliau baca. first sekali beliau cerita pasal Mastika. iyelah Mastika yang suka cerita pasal paranormal, hantu hantu dan segala alam mistik yang tahun bila nak habis aku pun tak tahu.




Aku memang suka membaca bahan bahan ilmiah ni. diamlah kau! Mastika ni bahan ilmiah apa? tapi tu dulu la. masa tahun 90-an memang best seingat aku darjah tiga (1996) aku dah start baca Mastika. fuh paling aku ingat kisah Lepat yang berebut anak dia Sunni Sazali dengan Aishah Jane Brummit ke Bremmit ke apa aku dah tak ingat. bodohlah google ni aku cari keluar gambar kuih lepat la, Aishah Sinclair la. aku nak Lepat lah bodoh! Lepat Lepat!!! bukan kuih lepat! T_T

Tapi sekarang tak best sebab cerita dia banyak yang mengarut, menipu dan segala me-. sekarang dah malas nak beli Mastika. layan facebook lagi best ^__^

Ingat Natrah tak?

Masa kecoh kecoh pasal Natrah tu pun aku tak ada la macam teruja nak tahu kisah dia sangat sebab masa darjah enam aku dah baca buku tu disamping buku kanak kanak seperti Sang Kancil dan Sang Buaya, pantun kanak kanak kecil dan sebagainya. perpustakaan sekolah aku memang bagus. ni kalau aku tanya kanak kanak sekarang siapa Natrah tu mesti berkerut kerut. kalau aku tanya siapa Miley Cyrus laju je mulut menjawab.


macam ni la rupa buku itu hehe


Tapi sekarang macam nak baca apa pun malas. dah penat membaca sedari tadika sampai sekarang.

Beli suratkhabar pun tengok kejap lepas tu hilang nafsu nak baca. Tengok berita pun dah bosan tak habis habis pasal politik. umur dah 24 tapi tak tahu nak undi parti yang mana satu. *sigh

Tapi aku rajin baca blog blog mahupun website. eh tapi yang ilmiah je eh tolong sikit! gosip gosip aku tak layan. Rozita Che Wan bercinta dengan Syahir AF lah. Neelofa pakai tudung sangat cantik lah. Jimmy nak jadi the best daddy untuk Zahrah lah eh eh kata tak layan gosip macam mana tahu ni? 


thanks sebab baca.

love, ZIEMA









No comments:

Post a Comment

Komen lah sukahati kau nak komen.