Followers

July 5, 2011

Hati Wanita Siapa Yang Tahu

Malas nak cakap banyak. Hari ini rasa macam emosi satu badan. Lepas tu asyik keluar masuk toilet membuang sisa. Hidung ni pula berair mengalir ngalir dengan pantasnya. Badan kejap kejap panas lepas tu sakit sakit nak kata demam tak juga. Malam semalam lepas gosok gigi rajin sangat nak gosok bibir konon nak sental bagi licin macamkan ada orang nak cium bibir tu. Lepas tu luka. Cerita kat mak. 'Lah dah nama berus gigi yang pergi berus bibir tu kenapa?' T__T

Tengahari tadi goreng ikan sampai hancur. Salah aku ke salah ikan?

Tengok TV ulangan cerita Jejaka J. Ketawa sampai tak sedar bibir crack. aduh :(

Lepas makan panadol terus tumbang. Mandi pun ala kadar tak ada dah nak buat buat buih sambil bernyanyi girang. Rasa nak marah dengan semua orang je.

Emosi betul la aku ni. Mungkin tanda tanda menstruasi.

Tengok orang kahwin macam bergenang air mata. Entah gembira ke terharu ke jealous ke tak tahu lah.

Lepas tu baca balik blog Mawar. Bertambah tambah sebak kat dada ni. Sakit tekak aku menahan sedih. Terus menangis nangis.

Alangkan teman lelaki tinggalkan kita pun rasa macam dunia ni berhenti sekejap inikan pula kehilangan suami. Hilang tiba tiba selamanya. Kalau tak kuat tu memang lah boleh meroyan ditambah pula anak anak masih kecil. Segalanya kena bermula dari bawah semula.

Baru aku sedar perempuan itu sangat kuat.

Tapi hati perempuan tak ada siapa yang nak ambil tahu.

Terus mesej kapten,

'Kalau kita mati awak sedih tak?'


Sampai ke sudah tak balas. Mesti malas nak melayan perangai meroyan tak tentu pasal aku ni.. -_-"


Thanks sebab baca

love, ZIEMA





5 comments:

  1. Salam Cik Ziema...

    Sis tersenyum bila baca yang inchik Kapten tak reply sebab malas nak layan perangai meroyan anda... Hehe!~ (^_____^)V

    ReplyDelete
  2. sengal ko p tanya camtu pehal.. adoii~

    ReplyDelete
  3. sis nad: hehe... dia balas tapi sikit pun tak jawab soklan tadi.. busy je tu :)

    ReplyDelete
  4. nadia: alaaaa emosi tak stabil lah hahaha... :p

    ReplyDelete
  5. jimah,klu ko tny soalan ngarut kat diaorg memg konpem xkan jwb punya...ada skali 2 aku desak incik tunang aku utk jwb jgk,kena marah trus wei,trus terdiam n xnak tny ngarut2 mcm 2 lg,haha!!;p

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.