Followers

January 22, 2013

Random Pukal Minggu Lepas


#1  Company ada visit dari tiga agensi kerajaan. Selasa dah mula sibuk prepare segala benda. Cari barang   kat Cold Storage, bila barang tak ada pergi pula ke Hero Market. Penat membeli tu tak lah, tapi penat masa hari kejadian. Since aku kena bertugas di kawasan VVIP, maka aku kena pakai seperti wanita gorgeous yang dapat melayan lelaki tetamu dengan jayanya. Tak adalah gorgeous mana pun sebab pakai uniform je. High heel adalah mimpi ngeri aku. Bayangkan 10 pagi hingga 6 petang, kasut itu setia di kaki aku. Bayangkan juga, tiba tiba gelas dan cawan habis, berlari lari aku ke pantry untuk membasuh semula. Selama ni aku tengok sungguh cool wanita berlari dengan high heel, tapi bila aku rasakan, ngeri. Cukup ngeri.



Sebab tu kasut aku banyak yang flat dan comfort seperti kasut makcik makcik. Diamlah kau.


#2  Suami cakap dapat pelepasan hari minggu. Aku dan dia bercadang nak bertemu hari Sabtu. Sebab memikirkan cost dan masa dari JB ke KL untuk satu malam adalah tidak berbaloi, kami bercadang jumpa di Kluang. Macam macam aku fikirkan. Riang sungguh hatiku. Makan roti bakar di Kluang Rail Coffee. Rasa asam pedas famous Kluang. Makan western yang suami kata murah. Tiba tiba suami mesej aku, cuti tak dapat. Jumaat malam kena pergi stadium sokong bola ATM lawan JDT. Sebab bola Jumaat, maka sampai hari Ahad kesannya. Aku semakin benci dengan bola sepak. Benci benci benci. Terus aku boikot suami sebagai tanda protes. Tiba tiba rasa macam sentap sangat, padahal dulu masa bercinta aku okey je. Entah, sindrom bini ditinggal tinggalkan kot. Lepas tu mesej suami minta maaf. Terasa berdosa sangat pula -_-'



2 tahun lepas. 15 Januari 2011.
 Indahnya rancangan Allah :')


#3  Aku baru sembuh dari batuk selama dua minggu. Setiap malam, tidur aku tak pernah lena. Ubat batuk farmasi, strepsils, madu, lemon, limau nipis campur kicap semua aku telan. Tak jalan. Aku kena tibi ke apa ni? Jauh sangat pemikiran aku ni entah apa apa suka fikir yang bukan bukan. Tonsil aku sampai bengkak dan luka sebab batuk memanjang. Sampailah satu hari,
'Cuba sembur ubat abah tu', cadang emak.
Ajaib. Lepas dua hari, hilang. Tapi kenapa mak baru nak suruh bila batuk aku seperti mahu tercabut kerongkong? Adakah mak mahu menguji tahap kesabaran aku menangani batuk? Tapi apa kena mengena batuk dengan kesabaran? Arggh shadap!


#4  Melawat officemate yang baru deliver baby. Adam Haris, kemain kitorang teka, ni mesti gabungan watak hero Ombak Rindu dan Adam dan Hawa heh. Very nice name, pendek dan senang disebut. Bukan seperti ibu bapa moden sekarang yang suka mengalterkan nama anak sehingga tergeliat nama kita nak menyebutnya, apatah lagi anak itu suatu hari nanti.



Adam Haris. 2.7 kg

Masa aku dukung baby Adam kan, rasa macam. Emm... rasa macam entah. Indescribable. Sedap betul bau Adam. Betullah kata orang, bau baby tu bau syurga.

P.S. Eh korang. I am neither plan nor willing to have a baby. Janganlah tanya aku dah pregnant ke belum. Letihlah hoi nak menjawab banyak kali tssk. 








1 comment:

  1. org kat opis pun slalu tnya dh pregnant ke belum sbb badan dah naik...
    alahaiii~
    simply said "No" or geleng kepala...
    (badan naik pun xboleh dh skrg.. T_T)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.